Sunday 4 December 2011

Disaat itu, aku telah ditemukan dengan seorang gadis yang cukup aku minati.. Dia mempunyai ciri-ciri wanita idamanku.. Gelagatnya selalu sahaja mencuri perhatianku, membuatkan aku jatuh hati padanya.. Kemana sahaja dia, pasti sahaja dia akan membawa "tangki air" dia untuk bekalan sekiranya dia kehausan.. ^_^

Ketika mula mengenalinya, aku hanya melihatnya dari jauh, aku takut untuk bertemu dengannya, malu untuk menyapa dia.. Hari ke hari, semakin lama perasaan aku terhadapnya semakin mendalam.. Makin membuah rasa cintaku terhadapnya.. Suatu malam, tanpa kuduga dia telah menyapaku melalui Yahoo Mail, tak dapat ku bayangkan bertapa gembiranya hati ini.. Dia mengadu padaku tentang masalahnya, dan aku cuba sedaya upaya agar dia dapat keluar dari masalah itu..

Minggu berganti minggu, kami semakin rapat, bertukar-tukar nombor telefon, mula bertanya khabar, dan sebagainya.. Aku rasa sungguh bersyukur karena hajatku untuk mengenalinya telah termakbul.. Kami menjalinkan hubungan sebagai kawan seperti biasa.. Sungguh indah hari-hariku bila ditemani dia.. Dan tidak dapat aku nafikan, aku telah jatuh cinta kepada dia..

Suatu hari, tanpa kuduga dia dapat meneka isi hatiku.. Entah bagaimana dia membaca fikiranku,isi hatiku, aku pun tak tahu.. Tapi yang pastinya tekaan dia tepat bahawa "Aku Sayangkan Dia".. Berkembang bunga dihatiku pabila dia berjaya meneka isi hatiku.. Haha
Kuduga dia pun sama menyayangiku.. Tapi jauh sekali tekaanku.. Dia menolak cintaku, atas sebab-sebab tertentu.. Sungguh, pilu hatiku menerima kenyataan itu.. Begitu berat, tetapi demi kebahgiaan dia, aku terima dengan hati yang terbuka.. Hmm..

Mungkin salahku, karena terlalu awal untuk menyunting bunga di taman larangan.. Selepas itu, hubungan antara aku dan dia mula goyah.. Bagai telur di hujung tanduk, begitu goyah.. Aku pun tak tahu kenapa semuanya berubah sekelip mata.. Tiada lagi kemesraan seperti dulu.. Aku tabahkan hati, terus menegur, memujuknya dan bertanya kepadanya akan apakah salahku sampaikan hubungan yang telah terbina ini hilang kemanisannya.. Sejujurnya, aku tidak mahu kehilangan dia.. Dia begitu bermakna dalam hidupku..

Bulan berganti bulan, aku sudah mula berputus harap pabila tiada perubahan yang berlaku, hubungan kami tetap juga goyah.. Hmm, lalu aku diamkan diriku seketika agar kehadiranku tidah mengganggu hidupnya.. Tambahan lagi, dia akan menghadapi peperiksaan PMR tahun itu.. Aku terus menunggu, dan terus menunggu kehadiran dia, dan juga menunggu kemesraan yang pernah dia tunjukkan kepadaku suatu waktu dahulu..

Tahun berganti tahun, ketika itu aku hampir sahaja untuk berhenti berharap padanya.. Entah bagaimana, secara tiba-tiba hubungan kami kembali pulih sedikit demi-sedikit.. Aku bersyukur kerana semuanya telah kembali seperti sediakala.. :)
Tika itu, didalam hati ini ingin sekali aku luahkan bertapa aku rindukan dia.. Tapi aku tak mampu.. Aku takut jikalau peristiwa lama kan berulang kembali.. Aku pasti kehilangannya jika aku turutkan rasa hati itu.. Lalu, seperti biasa, aku hanya menunggu dengan penuh pengharapan..

Bulan 6, 2011 segalanya bermula... Itulah lembaran baru buat kami.. Kemesraan yang dahulunya hilang kembali terbit semula.. Sering sahaja aku dan dia bertegur sapa melalui SMS, kadang-kadang aku yang mula bertanya dahulu, kadang-kadang dia.. Aku sungguh bahagia..!! ^_^
"Hari yang indah penuh bermakna" itu sahaja yang aku mampu katakan kiranya kami bersua, walaupun hanya dengan SMS.. Sungguh indah, sungguh bermakna setiap detik yang berlalu bersamanya..

Sebulan selepas itu, adalah detik indah yang telah lama aku nantikan, saat indah yang aku iginkan.. Setelah lama penantianku, akhirnya segalanya impian dan harapanku telah terkota.. 3-7-2011, dia telah mula menyayangiku seperti mana aku menyayanginya.. Ya Allah, tidak mampu ku katakan bertapa bahagianya aku.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. Disaat itu, aku telah berjanji kepadanya akan menjaga cinta yang telah terjalin sebaik yang mungkin.. Dan disaat itu juga aku telah berikan dia Red Rose dan juga Blue Rose; walaupun ianya hanya sekadar gambar.. Hehe  : D





"Selagi awak sayang saya, selagi itu juga saya akan sayang awak seadanya... Tapi seandainya awak dah tak sayangkan saya, saya akan tetap sayang awak!" itulah kata-kata yang selalu aku ungkapkan pada dia.. Agar dia tahu betapa tingginya cintaku kepadanya.. Takkan sesekali aku membiarkan dia terluka.. Selagi aku terdaya, selagi itu aku ingin sekali membahagiakannya...

Kini, hidupku sentiasa ditemani olehnya.. Dialah permaisuri hatiku.. Pelbagai kenangan indah yang telah kami bina dan lalui bersama.. Ketika itu, semasa di bilik pengawas, sering sahaja dia memukulku dan mencubitku.. Tidak kunafikan bahawa tangan dia sungguh nakal sekali.. Langsung tak boleh tengok orang senang.. ^_^  Tapi aku suka diperlakukan sebegitu.. Mungkin itu cara dia untuk bermesra dengan aku walaupun kadang-kadang cubitan/pukulan dia ada kalanya menyakitkan.. +_+ 
Tapi apakan daya, aku tak berani membalasnya, aku tak berani menyentuhnya.. Aku tak mahu mencabuli kehormatan dia sebagai wanita yang suci.. Sebagaimana makna namanya, " Kehidupan yang Bahagia, Jernih serta Suci" ^_^

Uniknya, kami mempunyai banyak sangat persamaan.. Kami suka makan tembikai..!! Kami suka warna biru..!! Dan banyak lagilah... Kadang-kadang, kelakar pun ada jugak... Yelahh, aku tak sangka ada orang yang sama persamaan dengan aku...

Masih lagi bermain-main di fikiranku tatkala aku ditugaskan oleh Pn. Mariani untuk menjual dan memperomosikan air di stadium semasa sukan tahunan sekolah diadakan.. Ketika itu, dia menemaniku menjual air.. Dan saat itulah, pertama kali aku berjalan seiring, berdua bersama dia.. Sungguh kekok aku pada masa itu.. Maklumlah, baru sahaja membina ikatan cinta.. :)  Sejujurnya kami berdua tiada bakat sebagai jurujual.. Tapi tanpa kuduga, laris juga jualan air itu.. Lalu aku menoleh ke arahnya, terlihat dia tersenyum puas setelah penat berjalan bersama mencari pelanggan.. Sungguh manis senyuman dia.. Haha

Ketika percutian di Morib Resort, terlakar lagi satu kenangan indah antara aku dan dia.. Ketika itu, dia duduk termanggu keseorangan di sofa.. Aku mengambil peluang itu untuk berborak dengannya.. Itulah kali pertama aku duduk sebelah dia.. Dia memakai baju kelabu disaat itu.. Lalu aku buatkan dia 2 pasang hati yang aku buat sendiri menggunakan duit.. Aku harap, dia masih simpan 2 hati itu.. ^_^


Selepas itu, hujan pun turun dengan lebatnya.. Dia ingin pulang ke biliknya, tetapi hujan telah membuatkan hasratnya terbatal.. Lalu aku cuba sedaya upaya mencari payung.. Sungguh kelakar di saat itu.. Gelagatnya yang nakal itu sering kali mencuit hati kecilku.. Setelah menemaninya pulang ke bilik, ketika itu dia menjelingku lalu menghadiahkan sekuntum senyuman yang sungguh manis sekali.. Itulah senyuman yang paling manis yang pernah kulihat dari wajahnya.. Ketika di Morib Resort itu jugalah, saat pertama kali aku menelefonnya.. ^_^  Dan juga masih lagi aku teringat saat aku memberikan ucapan, dia duduk di depan aku.. Dalam hati aku berkata, "Kenapalah depan aku dia duduk, aduii, tak berucaplah macam ni.. Tengok dia ajelah jawbnya".. Lalu aku menyuruh Keshiha Kumar sahaja yang berucap, manakala aku sebagai pengacara masjlis.. Fuhh, lega.....!!

Apa yang paling lucu ialah bilamana aku rindukan dia.... Bila aku rindu dia, aku akan ________(RAHSIA) dan bayangkan dia tersenyum maniss...!!! haha
Kadang-kadang, dia selalu cakap aku selalu angau... Hmm, memang betul pun.. hehe  : p
Tapi tak salah kan, angau kat dia seorang jer... Bukan kat orang lain pun... :)

Jadi, itulah segala kenangan manis yang sempat kami bina bersama..........

Namun, kebahgiaan itu tidak kekal lama.. Segalanya telah berubah ketika cuti hari raya bermula.. Satu demi satu perubahan yang berlaku.. Sukar untuk aku ungkapkan.. Dan aku tidak mahu lagi mengungkit tentang kejadian itu.. Kami berselisihan faham.. Aku yang bersalah, sikapku yang sering sahaja terburu-buru, mengada-ngada, terlalu ingin bermanja, dan terlalu memaksa dia menyebabkan semuanya berubah.. Berat untuk aku lepaskan dia.. Aku cuba pertahankan hubungan itu, tetapi akhirnya aku terpaksa lepaskan dia setelah melihat dia tersiksa dengan kelakuanku..

Setelah itu, hidupku terasa sunyi.... sepi.... dan tak bermaya.. Maklumlah, bila kita kehilangan sesuatu, mesti kita berduka... Setelah lama aku berduka, terdetik di hatiku "aku mesti kuatkan diri aku sebagai lelaki.. Aku mesti kuat... Kalau aku tak kuat macam mana aku nak bimbing dia.." lantas aku kembali bersemangat meneruskan hidup... Walaupun kini aku hidup tanpa cinta dia, aku masih bersyukur kerana aku tidak kehilangan dia..

Namun, aku tetap menunggu dia.. Hmm aku pun tak tahu kenapa.. Mungkin aku terlalu sayangkan dia... Tapi, dia sayangkan aku lagi ke..?? Selalu sahaja persoalan ini mengganggu kotak fikiranku.. Kadang-kadang aku keliru dengan diri aku sendiri.. Hakikatnya, aku memang tidak mampu untuk melupakannya.. Terlalu banyak memori yang telah terukir antara aku dan dia.. Tidak mungkin aku akan buang semuanya.. Tak mungkin.....

Kini, mahu tidak mahu, aku harus teruskan hidupku tanpa ditemaninya... Jikalau ikutkan niat hatiku, aku teringin untuk berjumpa dia, aku nak sangat luahkan semuanya depan dia agar dia tahu bertapa sayangnya aku pada dia.. Tapi, tak mungkin semua itu terjadi kan..??  : (
Mungkin aku terpaksa menunggu dia, seperti yang pernah aku lakukan sebelum ini... Selalu sahaja rakan-rakanku menasihatiku supaya jangan berharap pada cinta yang tak pernah ada... Tapi aku tak ambil peduli semua nasihat itu.. Aku tahu, dia masih sayangkan aku... Walaupun dia cuba sembunyikan segalanya, tapi aku tahu.. Aku tahu dia masih menangis kerana rindukan aku... Dia masih rindukan aku...

Mungkin inilah tahun terakhir aku bertemu dengannya... Aku harap, dia ingat segala pesanan-pesananku.. Aku inginkan yang terbaik untuknya... Mungkin satu hari nanti aku akan kembali untuk merebut kembali cintanya, jikalau umur aku panjang...

" You make me cry, make me smile, make me feel the love is true, You always stand by my side, I don't to say goodbye.... "

Awak, jaga diri baik-baik tau..!! Belajar rajin-rajin..!! Saya sayang awak..!! :'(
Saya tetap tunggu awak, selagi saya termampu..........................
Sepertimana janji saya, "Selagi awak sayang saya, selagi itu juga saya akan sayang awak seadanya... Tapi seandainya awak dah tak sayangkan saya, saya akan tetap sayang awak!"